Program Semarak Integriti Siri 2/2023 Di Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu dirasmikan oleh YBhg. Dato' Ahmad Nadzri bin Embong, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) Kementerian Kerja Raya diiringi Timbalan Pengarah Kerja Raya (Pentadbiran & Kewangan), Encik Mohd Shahril bin Shamsuddin @ Shamsulalam serta dihadiri pegawai – pegawai dan kakitangan JKR Negeri Terengganu pada 7 Ogos 2023 (Isnin) bertempat di Dewan Seminar, Tingkat 2, Wisma Negeri, Kuala Terengganu.
Taklimat berkaitan pemantuhan integriti serta pemeriksaan dokumen-dokumen berkaitan oleh Unit Integriti Kementerian Kerja Raya dan Bahagian Integriti JKR Malaysia pada 8 Ogos 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 12, Wisma Negeri, Kuala Terengganu.
Objektif program ini diadakan iaitu Memberi pendedahan dan penekanan tentang implikasi amalan rasuah, Membentuk warga kerja yang berakauntabiliti tinggi terutamanya dalam pelaksanaan tugas hakiki dan Meningkatkan kompetensi dan keberkesaanan sistem penyampaian perkhidmatan dan produktiviti warga kerja.