Kunjungan Hormat Yang Berhormat Haji Hanafiah Bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar (Pengurusan Bencana) ke atas Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu, YBrs. Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim. Tujuan kunjungan adalah untuk mengetahui perkembangan projek-projek Negeri dan Persekutuan yang terkini di bawah seliaan JKR Terengganu disamping sesi ramah mesra pengurusan JKR Terengganu.
Kunjungan diadakan pada 27 September 2023 (Rabu) bertempat di Tingkat 12, Wisma Negeri, Kuala Terengganu.