Majlis Iftar Jama’ie Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu anjuran Kelab Sukan & Kebajikan Ibu Pejabat JKR Negeri Terengganu dihadiri Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu, YBrs. lr. Dr. Hasli bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Encik Anuar bin Mohd Azlan serta Jurutera-jurutera dan kakitangan dari setiap bahagian dan daerah JKR Negeri Terengganu.
Majlis Iftar Jama’ie beserta Tahlil, Solat Isyak dan Terawih berjemaah diadakan di Surau An-Nur, Wisma Negeri pada 24.03.2024 (Ahad) / 13 Ramadan 1445H bertempat di Bilik Seminar, Tingkat 2, Wisma Negeri, Kuala Terengganu.