BAHAGIAN CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU (CPAB)

1) Bertindak sebagai pegawai perhubungan kepada Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) Ibu Pejabat JKR dalam memantau pelaksanaan Pengurusan Projek oleh JKR di peringkat Negeri.

2) Memberi khidmat perunding dan nasihat teknikal kepada JKR Negeri dalam pengurusan projek di peringkat Negeri dan Daerah.
 
3) Mengurus dan memastikan pelaksanaan pembangunan dalam Amalan Terbaik Pengurusan Projek di peringkat Negeri dan Daerah.

4) Mengkaji dan mencadangkan keperluan sumber manusia bagi pelaksanaan projek di peringkat Negeri dan Daerah.

5) Melaksanakan kawalan projek di peringkat Negeri dan Daerah melalui kaedah pemantauan dan pelaporan dengan menggunakan sistem dan aplikasi terkini.

6) Menilai dan melapor pencapaian KPI dan Insiatif Kerangka Strategik JKR berkaitan pengurusan projek di peringkat Negeri dan Daerah.

7) Mengurus pelaksanaan program Project Health Check (PHC) dan Intervensi di peringkat Negeri dan Daerah.

8) Melaksanakan Analisis dan kajian melalui Pelaporan Nilai (Value Reporting) di peringkat Negeri dan Daerah.

9) Bertindak sebagai Urusetia Jawatankuasa Penilai Program Kerja peringkat Negeri.

10) Bertindak sebagai Urusetia Jawatankuasa 'Problem Solving Govemance'.

PENGURUSAN KORPORAT

Memberi khidmat sokongan kepada Pengurusan atasan dan organisasi JKR Terengganu dalam merancang, melaksana, memantau projek dan kemudahan Awam dari segi jangka kos, jangka masa dan rupa bentuk yang dipersetujui dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut :

i. Penyelarasan serta pemantauan pelaksanaan yang sistematik dan berkualiti dengan menggunakan sistem kerja, Teknologi Perhubungan serta sumber maklumat yang terkini.

ii) Pembangunan dan Pengurusan Sistem kerja serta sumber manusia yang terancang.

JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU

Tingkat 12, Wisma Negeri,

20922 Kuala Terengganu.

 

Telefon : 09 - 622 2444

Faks     : 09 - 623 5624

E-Mail : jkr@terengganu.gov.my

Website : https://jkr.terengganu.gov.my

Hits Pengunjung

Today 8

Week 312

Month 750

All 31723

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu