Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1921 yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Public Work Department (P.W.D).

Pada awal penubuhannya ianya ditempatkan di Jalan Balik Bukit, Kuala Terengganu dan ditadbir oleh Encik W.D Ladlow sebagai Pengarah bermula Tahun 1921.

Pada tahun 1979, Ibu Pejabat JKR Negeri Terengganu telah berpindah ke Tingkat 9 - 12, Wisma Negeri, Kuala Terengganu. Bagi Cawangan Mekanikal dan Cawangan Elektrik ditempatkan di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu.

JKR Terengganu kini terdiri daripada beberapa bahagian antaranya Bahagian Pentadbiran & Kewangan, Bahagian Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) & Pengurusan Korporat, Bahagian Pasukan Projek Persekutuan Negeri, Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan, Bahagian Arkitek, Bahagian Ukur Bahan, Bahagian Jalan dan Bahagian Rekabentuk Awam & Struktur.

Disamping itu, JKR Negeri Terengganu mempunyai 8 Pejabat Jurutera Daerah iaitu Daerah Kuala Terengganu, Daerah Kuala Nerus, Daerah Kemaman, Daerah Dungun, Daerah Hulu Terengganu, Daerah Marang, Daerah Besut dan Daerah Setiu dan 2 Cawangan iaitu Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Cawangan Kejuruteraan Elektrik.



JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU

Tingkat 12, Wisma Negeri,

20922 Kuala Terengganu.

 

Telefon : 09 - 622 2444

Faks     : 09 - 623 5624

E-Mail : jkr@terengganu.gov.my

Website : https://jkr.terengganu.gov.my

Hits Pengunjung

Today 14

Week 318

Month 756

All 31729

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu