Previous Next

Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
15 Januari 2024 (Isnin)
Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir. Dr. Hasli bin Ibrahim diiringi Timbalan Pengarah (Pembangunan), Encik Anuar bin Mohd Azlan serta Timbalan Pengarah (Pentadbiran & Kewangan), Encik Mohd Shahril bin Shamsuddin @ Shamsulalam serta dihadiri jurutera-jurutera serta kakitangan dari bahagian Ibu Pejabat JKR Terengganu.
“Alhamdulillah, kini kita sudah melangkah ke tahun 2024. Ingatlah, bila hijrahmu kerana Allah, kamu akan terus melangkah walaupun sudah lelah” antara amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah.
Harapan Tuan Pengarah untuk Tahun 2024 semoga semua warga JKR Terengganu meneruskan tahun baharu 2024 dengan azam baharu. Dengan semangat jitu serta iltizam yang tinggi untuk meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan agar penyampaian perkhidmatan terbaik terus dicapai serta perlu sentiasa melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik dan cemerlang.
Elakkan untuk Tahun 2024 :
X KONTROVERSI
X SURAT LAYANG
X ‘TAICI KERJA’-SIKAP BUKAN TUGAS SAYA
Sebelum mengakhiri amanat, Tuan Pengarah menyampaikan pesanan iaitu bekerja sebagai ibadah, 8 jam di pejabat untuk tempat mencari rezeki dan pahala. InsyaAllah keberkatan akan diperolehi.

JABATAN KERJA RAYA NEGERI TERENGGANU

Tingkat 12, Wisma Negeri,

20922 Kuala Terengganu.

 

Telefon : 09 - 622 2444

Faks     : 09 - 623 5624

E-Mail : jkr@terengganu.gov.my

Website : https://jkr.terengganu.gov.my

Hits Pengunjung

Today 8

Week 312

Month 750

All 31723

IKUTI KAMI DI FACEBOOK

Pautan Luar

© Hakcipta Terpelihara 2024 . Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu