Pelancaran Majlis Iklan Perdana Pembinaan 10 Buah Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Di Negeri Terengganu telah diadakan pada 14 Ogos 2024 (Rabu) di Bilik Seminar, JKR Kuala Terengganu,Terengganu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Dr. Hasli Bin Ibrahim, Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu dan turut dihadiri oleh YBrs. En. Anuar Bin Mohd Azlan, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Kerja Raya Negeri Terengganu, pejabat HOPT, HODT serta JKR Daerah.
Majlis dimulakan dengan sesi tayangan montaj sepanjang proses perancangan sehingga pengiklanan diikuti majlis sesi perasmian oleh YBrs. Ir. Dr. Hasli Bin Ibrahim, Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu dengan jayanya.
Pembinaan 10 buah Dewan Serbagunan Terbuka Berbumbung ini akan berfungsi bukan sahaja sebagai tempat acara rasmi sekolah, malahan juga sebagai pusat aktiviti komuniti yang boleh menyatukan penduduk dalam pelbagai program dan aktiviti. Dengan adanya fasiliti ini, ianya dapat memberi impak positif kepada pelajar serta menyediakan ruang yang selesa dan kondusif untuk pelbagai aktiviti.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama Pengurusan Tertinggi Jabatan Kerja Raya Malaysia, Cawangan Kerja Pendidikan, Pejabat Pengarah Kerja Raya Terengganu, Bahagian Bangunan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Bahagian Arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Bahagian Kejuruteraan Awam dan Struktur Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Terengganu, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Terengganu dan JKR Daerah yang telah memberikan sumbangan terbaik dalam merealisasikan projek ini. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kebaikan masyarakat dan pembangunan pendidikan di negeri Terengganu.