Majlis Penyerahan Projek Fasiliti Kesihatan Hospital Dungun, Terengganu, Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kota Putera, Besut dan Klinik Kesihatan (Jenis 7) Paya Datu, Kuala Terengganu yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan.
Turut hadir, YB Tuan Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar, Bandar Negeri Terengganu, YBrs. Tuan Ir. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) JKR, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM dan YBrs. Encik Jusman bin Ibrahim, Pegawai Daerah Dungun.
Majlis penyerahan diadakan pada 24 Ogos 2024 (Sabtu) bertempat di Hospital Dungun, Terengganu.